Tentang Kami

Hello Baby ditubuhkan pada tahun 2009. Kami merupakan pengedar tunggal di Malaysia, Singapore dan Brunei bagi barangan bayi Basilic dari Taiwan .

Kami berusaha untuk mempromosikan produk yang berkualiti tinggi dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna dengan harapan menjaga kesihatan dan keselamatan bayi bagi setiap langkah pertumbuhan.
Misi kami adalah mempromosikan produk kami ke seluruh Malaysia. Kami faham tentang kasih sayang ibu bapa terhadap bayi mereka atas kesihatan dan keselamatan bayi. Oleh itu, kami sedia untuk membekalkan produk yang berkualiti dan perkidmatan yang professional kepada pelanggan kami untuk menjaga dan melindungi bayi mereka setiap masa.

Produk dan Keselamatan

Produk kami fokus kepada keselamatan dan kualiti . Semua produk kami diperbuat daripada bahan-bahan yang mempunyai gred tertinggi dalam usaha untuk memenuhi keperluan pengguna dan mengikut standard keselamatan yang tertinggi. Oleh itu, produk kami adalah selamat bagi pengguna dan tidak mengandungi BPA

Produk-produk berpaten ini termasuk puting yang anti-kolik, puting kosong, bekas susu tepung, botol susu, produk penggunaan di dalam dan luar rumah, siri kesihatan, siri belajar , siri kehidupan dan aksesori. Produk kami bukan sahaja menekankan fungsi tetapi juga dihasilkan dengan reka bentuk yang menarik. Kepelbagaian reka bentuk yang menarik pasti dapat meriangkan ibu bapa dan bayi.